Penggunaan
Terma Penggunaan
Dikemas kini untuk Toolkit Perniagaan v1.2.1.
Tujuan toolkit
ILMU NIAGA menyediakan kalkulator dan document generator sebagai toolkit sokongan bagi urusan bisnes.
Semak hasil anda
Hasil pengiraan bergantung pada nilai yang anda masukkan dan bukan nasihat kewangan, perakaunan, cukai atau undang-undang rasmi. Anda bertanggungjawab menyemak formula, jumlah, butiran pelanggan dan kesesuaian dokumen sebelum digunakan.
Dokumen yang dijana
Pastikan nombor dokumen, tarikh, identiti syarikat, terma pembayaran dan keperluan perundangan berkaitan perniagaan anda adalah betul. Preview dengan sample data tidak mewakili transaksi sebenar.
Data dan peranti
Draf disimpan pada peranti serta browser yang digunakan. Padam data sebelum menggunakan peranti bersama. Kehilangan data browser atau pertukaran peranti boleh menyebabkan draf tidak tersedia.
Ketersediaan
Toolkit disediakan dalam versi beta dan boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Simpan salinan PDF atau rekod sendiri bagi dokumen penting.
Pautan pihak ketiga
Pautan pembelajaran membawa anda ke laman luar. Penggunaan laman tersebut tertakluk pada terma mereka sendiri.
